Wednesday, May 5, 2010

PERJALANAN

Salam Sayang Semua,

Tick Tock Tick Tock ..... Perasaan kami bercampur adok.
Perasaan yang tak dapat di lafazkan kerna ini lah kali pertama kumpulan kami,
Dwi Durrah akan bertanding untuk semis
(MEGA PERDANA '2010).

Bersyukur kami kepada yang Esa kerna kami masih bersama kuat bersemangat satu hati walaupun bersama ahli yang Baru atau yang Lama.
"WELCOME PENDATANG BARU, kerna sudi bersama kami!"
Kami satu hati, satu jiwa dan satu impian, berdoa moga-moga Dwi Durrah dapat tercapai impian untuk ke peringkat seterusnya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan perjuangan kumpulan pendikir yang akan bertanding pada hari Ahad ini. Semoga maju jaya ke peringkat seterusnya.

Akhir kata dari kami, Dwi Durrah hanya mampu mempersembahkan yang terbaik dalam pertanding namun keputusannya di tangan pengadil.

Salam Sayang.
------------------------------------------------------------------------------
Video tersebut hadiah buat kami oleh Dzar (Chief Editor) ahli Durbar Dua pada tarikh February 4, 2010.

Dwi Durrah amat berterima kasih dan terharu kerana dirakam khas buat kami.
Terima kasih sekali lagi kerana memberi kepercayaan dan semangat kuat terhadap kami.

--------------------------------------------------------------------------------
Khas buat Nur Hawa
Cahaya wanita dalam Dwi Durrah. A tribute.



Tatkala di saat anda kemurungan, dilanda tomahan, kami selaku kaum Adam Durbar Dua amat bersimpati. Apakan tidak, baru sahaja Dwi menebarkan sayap, mereka dilanda pelbagai kritikan. Namun begitu, semangat waja cabangan Aisyiyah kerabat kita patut disanjung kerana masih lagi meneruskan perjuangan walaupun tangan-tangan sibuk menggapai kaki yang mereka cecahkan ke bumi. Setiap langkah mendaki tangga membuat otot lemah, tapi yang pasti, nadi teruja untuk tidak menyerah kalah.

Butakan pancaindera, usah toleh kepada yang tidak membina. Sesungguhnya madah mereka hanya merupakan buih-buih di lautan sahaja. Dalam setiap ombak, terciptalah berkali ganda. Namun begitu, buih tidak berkekalan, dalam beberapa saat akan meletup jua akhirnya. Usah bergeser dengan pasir di pantai, yang berjuta angkanya, yang berkecar apabila ditiup angin, yang lemas tika dibaham air. Biarlah menjadi pasir yang dibakar hingga menjadi kaca. Kaca yang sifatnya telus, yang menghiasi jendela. Jendela yang membawa masuk pancaran suria. Membawa masuk Nur kedalam halaman rumah. - DurbarNews
Posted by Le Dzar de Francesco at 2:27 AM 0 comments
-----------------------------------------------------

posted by Sally4everWLOVe @ 12.52pm

No comments:

Post a Comment