Monday, August 1, 2011

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih

Alhamdullilah, panjanggggg umur kita.. dapatttt berjumpa dengan bulan yang penuh berkah.. Ramadhan.. Disini, kami dari kumpulan Dwi Durrah ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat dan rakan seperjuangan.. semoga kita sentiasa sihat dan amal kita diterima Allah, Insyallah..

Kak Long nak berkongsi sedikit tentang kelebihan sembahyang sunat terawih.. tapi jangan main pilih pilih hari pulakk!.. hari ni cam best jek kelebihan dier.. aku gi lah.. yang ni ok ok jek lah.. TAKLEH GITUKK!!!.. nak gi ikhlas okkkKK..

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih

Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi (s.a.w) tentang Fadhilat (kelebihan) Sembahyang Sunat Terawih pada bulan Ramadan.

Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang Terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).

Malam 3 : Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang Terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 : Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat , Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70,000 malaikat sekali tawaf) serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 : Seolah-seolah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi (a.s) menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang Terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim (a.s).

Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad (s.a.w).

Malam 10 : Allah (s.w.t) mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)

Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 : Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang Terawih serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 : Semua malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 : Allah (s.w.t) tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan kedalam syurga.

Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 : Seru malaikat : Hai ! Hamba Allah. Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 : Allah (s.w.t) tinggikan darjatnya didalam syurga Firdaus.

Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang yang solihin

Malam 21 : Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada nur .

Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 : Allah (s.w.t) binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur

Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika sujud).

Malam 25 : Allah Ta'ala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 : Allah (s.w.t) kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.

Malam 29 : Allah (s.w.t) kurniakan kepadanya pahala seribu kali Haji Mabrur

Malam 30 : Allah (s.w.t) beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman : " Hai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) yang bernama Al-Kauthar".



Kak Long

Friday, June 10, 2011

Peribahasa Dwi Stail

Hari ni Kak Long nak jadi cikgu.. nak ajar adik adik kat sana pasal peribahasa.. kita cover peribahasa yang berikut ok..

1. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Terang hati
Maksud : Lekas pandai.

Apakah persamaan diantara peribahasa diatas dengan Dwi Durrah... jawapan nyer ialah:

1.
Nama: Hannah Alysha Bte Mohamad Rezal
Persamaan dengan peribahasa:
a. Melentur buluh biarlah dari rebungnya = Baru 5 tahun..
b. Darah daging = Anak dara Rezal & Shikin
c. Terang hati = Mak dier kata dier pandai.. (tapi sumer mak pun cakap anak dier pandai!!)




2.
Nama: Danila Qisyani Bte Muhd Taufiq
a. Melentur buluh biarlah dari rebungnya = budak ni dah terang kecik..
b. Darah daging = Anak Zura, ni budak kecik kita baru recruit team dwi juniors..
c. Terang hati = kalau jumper budak ni cuber ajak bobual.. peh bijakk!!




Fits the bill of the 3 peribahasa??.. Op Kozzz!!..

Next comp, kita nak antar junior team ah!!!.. 2 recruited!!.. 18 more to gooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!

KAK LONG

Monday, June 6, 2011

Durbar Dua vs Dwi Durrah

Kita sumer dah sedia maklum yang seni budaya melayu dah berkembang pesat kat seantero dunier yek.. tak sangka lak yang seni kita dah kuar VASANTHAM!!!..

Baru baru ni, kat comp gelanggang yang baru lepas ni, bangga dapat tengok Kunch, Black, Naz ngan Fadly... oso kann.. feel tengok penyanyi utama Ghaffar perform untuk bangsa lain dengan penoh konfident.. dapat hayati lagu dengan baik.. nyanyi bahasa mamak dengan tak pelat lagik.. Rezal gerenti bangga!!.. Lagi pulak, gelanggang dengan bebudak Duwee Durrrrrah... suker tengok Iqah, Fauziah, KakPah, Idah sumer buat step.. lagi lagi kene lak dengan penyanyi suker ramai Hanom Devi... satu suara bergema abishhh...



Kak Long happy giler tengok... tangan sampai bengkak bengkak tepok tangan tak berenti..



Kak Long